Tuesday 18 September 2012

Simpanan: Mulakan Hari Ini! -by Nazrin Nasser-



SAVINGS: JUST DO IT NOW!

Suka saya mengambil petikan soalan daripada penulis buku Jutawan dari Planet Jupiter, Azizi Ali. “Tanpa menyimpan, segala perbincangan tentang pelaburan, pasaran saham dan hartanah tidak akan kesampaian. Bagaimana seseorang boleh melabur jika poketnya kosong? Bagaimana seseorang dapat mengambil kesempatan daripada saham dan hartanah yang murah tanpa wang?”

Ya. Saya juga semasa tidak belajar ilmu kekayaan, melakukan perkara yang sama; tidak menyimpan wang. Kalau simpan sekalipun, bila ada lebihan daripada wang yang tidak dibelanjakan. Maksudnya, meletakkan keutamaan menyimpan wang  daripada pendapatan di tangga yang paling bawah. Saya juga pernah mendapat “durian runtuh” (hasil simpanan dana pendidikan oleh ibubapa). Dalam masa tidak sampai satu tahun, wang tersebut habis dibelanjakan. Meskipun saya menggunakan untuk tujuan yang baik iaitu menjalankan perniagaan. Ini adalah kesan jika anda tidak mahir dalam ilmu pengurusan kewangan peribadi.

“Kalau begitu, kenapa perlu saya simpan? Buat penat badan saja. Lama-lama wang itu akan habis diguna juga.” Anda boleh bagi pelbagai sebab untuk sedapkan hati anda dan memberi lesen kepada diri anda untuk terus berbelanja tanpa had. Akan tetapi anda mesti ingat, orang yang mendapat wang yang banyak secara tiba-tiba biasanya akan habis juga dengan tiba-tiba kerana mereka tidak pernah ada pengalaman berjimat dan menyimpan wang. Jika sebaliknya apabila anda sudah biasa dengan pengurusan kewangan yang betul, walau sebanyak mana wang yang anda dapat, percayalah ia tidak akan dihabiskan dengan sia-sia. Sebab anda tahu betapa peritnya berjimat dan menyimpan.

Saya tidak perlu banyak untuk menyimpan. Cukuplah sekadar sepuluh peratus (10%) daripada pendapatan kita. Sebagai permulaan, saya yakin anda dapat lakukannya. Contohnya, jika gaji anda selepas graduan ijazah berjumlah RM2,300. Ambil 10 peratus daripada gaji (katakan RM2,000 selepas ditolak EPF dan Socso) iaitu RM200. Jangan sentuh langsung wang ini selama sebulan kehidupan anda. Bayangkan jika anda konsisten menyimpan selama 12 bulan setiap tahun. Jumlah keseluruhan RM2,400 setahun. 10 tahun kemudian akan menjadi RM24,000. Jika 20 tahun? RM48,000!

Ia tidak termasuk dividen yang bakal diterima jika anda menyimpan dalam amanah saham atau unit amanah. Biasanya dalam lingkungan 8 ke 10 peratus setahun. Anda jangan lupa bahawa anda dan majikan juga mencarum untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap bulan selagi anda masih bekerja.

Bagaimana jika anda berniaga atau bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap? Gunakan teknik yang sama. Bermula dengan 10 peratus hasil daripada SEMUA perniagaan yang anda untung pada hujung bulan. Mungkin ada dua atau tiga jenis perniagaan yang dijalankan serentak. Andaikan satu perniagaan anda simpan RM100. Jika tiga perniagaan sudah mencecah RM300 sebulan. Maka jumlahnya akan menjadi RM3,600 setahun dan RM36,000 dalam masa 10 tahun!

Peraturan dalam menyimpan wang adalah; 1) simpan untuk dilupakan 2) tambahkan peratus simpanan jika pendapatan perniagaan atau gaji anda bertambah. Biarkan wang yang anda simpan dan labur itu “beranak” dengan sendiri. Peraturan yang ketiga- Jangan menyimpan terlalu banyak wang. Peliknya. Tadi beriya sangat suruh menyimpan. Kebanyakan pelabur yang bijak tidak mempunyai simpanan yang banyak dalam bentuk tunai kerana mereka tahu keadaan ekonomi dunia dan nilai matawang sekarang. Ya! Simpan emas dan perak secara optimum.

“Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita”  -Irfan Khairi, ikon jutawan perniagaan internet Malaysia-

Sunday 16 September 2012

Emas: Pelindung kekayaan teragung! -Nazrin Nasser-




GOLD: THE ULTIMATE WEALTH PROTECTOR


Pertama sekali saya ingin umumkan bahawa saya bukanlah seorang pakar dalam pelaburan emas. Saya belum pernah melabur dalam emas. Saya masih dalam proses belajar mengenai tajuk yang hebat ini. Walaubagaimanapun saya, akan menerangkan secara asas tentang pelaburan emas.

Saya merujuk kepada ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” yang ditulis oleh pakar dan juga pelabur aktif dalam emas; Syukor Hashim (jutawanemas.com). Menurut beliau, lima sebab anda mesti (wajib) menyimpan emas:
  1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
  2. Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang
  3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang
  4. Asset yang terunggul
  5. Emas tidak boleh dimanipulasi

Apakah yang dimaksudkan “emas ialah kekayaan yang sebenarnya”? Sebagai pelabur, anda perlu tahu bahawa “musuh” wang adalah inflasi. Inflasi ini mengurangkan nilai sebenar matawang. Sebagai contoh, RM0.10 pada tahun 1990 dapat membeli sebungkus nasi lemak. Malangnya pada tahun 2010, nasi lemak yang sama saiz dan rasanya dijual pada harga RM1.00. Peningkatan yang sangat tinggi.

Kenapa terjadinya inflasi. Jawapannya mudah, wang kertas dicetak terlalu banyak oleh kerajaan. Mungkin kerajaan mahu menampung perbelanjaan untuk pembangunan negara atau membayar hutang bank dunia yang tinggi. Wang ada banyak di tangan rakyat, tetapi kuantiti pengeluaran barang tetap sama. Nilai matawang akan jatuh. Barang dan perkhidmatan terhad, tetapi ramai yang memerlukannya. Apabila terjadi permintaan pengguna melebihi penawaran barang oleh pengeluar, maka harga akan meningkat tinggi. Siapa yang mampu bayar pada harga tinggi maka dia akan dapat.

Begitu juga dengan barang dagangan komoditi seperti minyak dan gas. Kenaikan harga minyak akan memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang. Menyebabkan inflasi meningkat. Oleh sebab itu, perlunya kawalan daripada pihak kerajaan agar barangan keperluan asas ini tidak dinaikkan harga sesuka hati. Ia memberi kesan kepada taraf hidup penduduk. Sebagai langkah berjaga-jaga, maka anda dinasihatkan memulakan simpanan emas.

Emas ialah kalis inflasi kerana ia tidak dapat dicetak atau dibuat sewenang-wenangnya. Emas adalah sumber yang terhad daripada perut bumi. Di Malaysia, kadar inflasi setiap tahun kebiasaannya antara 4 peratus sehingga 8 peratus. Berita gembira untuk kita semua, emas bersamaan inflasi sifar! Ada kajian mengatakan bahawa 1 dinar emas pada masa 1,400 tahun dahulu boleh digunakan untuk membeli seekor kambing dewasa, juga boleh dibeli pada hari ini.

Pada pendapat saya, simpanan emas adalah pelaburan jangka panjang. Ia bukanlah suatu alat untuk anda cepat kaya. Kerana harga pasaran emas tidak naik mendadak dalam masa 1 tahun. Biasanya tempoh 5 ke 10 tahun dengan kenaikan harga yang perlahan dan konsisten. 



Apa yang untung dengan pelaburan emas, anda mungkin berhempas pulas membeli rumah teres setingkat atau apartment 3 bilik pada harga RM200,000 hingga RM300,000 ditambah dengan kadar faedah pinjaman yang tinggi saban tahun. Jika anda bermula dari sekarang secara konsisten, dalam masa 5 tahun ke 10 tahun lagi anda boleh membeli rumah tersebut dengan 1 kilogram emas sahaja! Bukan bayaran pendahuluan tetapi keseluruhan dengan tunai!

Anda berasa teruja dengan pelaburan emas? Nanti dulu! Mahukah saya tunjukkan yang lebih hebat daripada ini? Saya pasti anda pasti akan lebih seronok. Sila baca laporan penting di sini http://bit.ly/UnPgWG

“ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN”  -Syukor Hashim, founder of jutawanemas.com-

Thursday 13 September 2012

Perak: “Emas” pada masa hadapan -Nazrin Nasser-




Tidak lengkap rasanya jika saya menyampaikan sesuatu ilmu tanpa disertai dengan kata-kata daripada pakar dalam bidang tersebut. Pelaburan silver telah ditekankan oleh pakar kewangan iaitu Robert Kiyosaki, “Pelaburan silver adalah yang terbaik dalam dekad ini”. Di dalam bukunya ‘The Unfair Advantage’, beliau mendakwa bahawa perak masih lagi mampu dimiliki oleh semua orang, walaupun orang miskin.

Pada tahun akhir tahun 2009, harga perak turun mendadak daripada USD21 per Oz kepada USD9. Ramai pelabur biasa-biasa mula berasa tidak senang dan keluar daripada medium pelaburan perak ini. Pada sangkaan mereka, besi perak sudah tidak bernilai. Bagi pelabur yang menentang arus, saranan Robert Kiyosaki ada benarnya. Mereka yang membeli perak pada masa itu dengan harga yang sangat murah, dengan kuantiti yang banyak, pada masa kini sangat beruntung. Harga perak naik dengan mendadak pada tahun 2012 iaitu sekitar USD33 per Oz!



Bagi masyarakat Malaysia, pelaburan perak masih dalam “sleeping mode”. Ramai orang berebut melabur dalam emas, menyebabkan harganya menjadi sangat mahal. Pada waktu ini tidak ramai golongan miskin dan sederhana dapat melabur emas, melainkan kuantiti yang sedikit. Begitu juga dengan hartanah. Jadi peluang anda yang baru hendak bermula dengan modal yang rendah, perak adalah salah satu medium pelaburan terbaik. Anda masih mampu milikinya kerana satu Oz (31.1 gram) masih berada pada sekitar harga RM188.

Ciri-ciri perak kebanyakannya sama seperti emas. Perbezaannya adalah, emas digunakan secara total sebagai pertukaran matawang atau jual beli dan juga perhiasan yang terunggul. Perak pula digunakan untuk industry pembuatan, disamping sebagai matawang.

Trend harga emas sentiasa menunjukkan pasaran yang menaik dalam jangka masa panjang. Tetapi lain pula halnya dengan perak, sentiasa ada naik turun, adakalanya sangat mendadak. Untuk melabur dalam kedua-dua komoditi ini, perlu ada kajian yang sangat terperinci. Ia tidak menjadi seseuatu yang sukar jika anda sudah terbiasa dengan ilmu ini. Bahkan akan menjadikan pelaburan emas dan perak sebagai permainan yang menyeronokkan.

Saya difahamkan setakat ini, hanya ada pelaburan perak fizikal sahaja di Malaysia. Jika emas, ada yang berbentuk fizikal dan juga pelaburan dalam bentuk akaun emas tanpa mendapat emas fizikal. Emas dan perak boleh dibeli dalam bentuk coin (bullion) atau jongkong (bar).

Sebagai permulaan untuk anda dan juga saya dalam pelaburan silver, Ikram Adi (pengasas pelaburansilver2012.com) telah membuat kajian “Teknik Tukar Ganda” dalam ebooknya yang bertajuk Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia. Beliau menyarankan pelabur baru supaya menyimpan 50 Oz perak sebagai insurans atau pelindung kepada simpanan anda. Setelah peruntukan untuk dana kecemasan disediakan, teknik “tukar ganda” ini akan mendedahkan peralihan daripada pelaburan perak kepada pelaburan emas yang terunggul!

Pengetahuan untuk kita semua, nisbah terkini harga emas dan perak ialah 1:50. Iaitu 1 oz emas bersamaan 50 oz perak. Harga emas sekarang ialah USD1,735 bersamaan sekitar RM4,800 per Oz. Lumayan bukan? Jangan lupa nisbah ini tidak kekal dan harga perak juga boleh melambung tinggi dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Sila baca laporan penting dalam pelaburan silver di Malaysia oleh Ikram Adi http://bit.ly/133f14C

“Jika anda melabur dalam perak (silver) sekarang, anda boleh membeli rumah sederhana 3 bilik dengan 500 oz perak secara TUNAI”  -Mike Maloney, founder of goldsilver.com-

Wednesday 12 September 2012

Pendidikan Kewangan: Asas Yang Menjadi Keutamaan Orang Kaya –by Nazrin Nasser-




Pendidikan kewangan bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat di Barat. Bagi masyarakat di Malaysia, ia adalah sesuatu yang agak baru. Ramai yang tidak begitu kisah dengan subjek ini. Bahkan jika ditanya kepada pelajar dalam bidang pengurusan, perakaunan, dan perniagaan sekalipun, majoriti tidak memahami perkara ini. Adakah ia begitu susah sehinggakan ramai orang tidak mahu belajar?

Penekanan dalam pendidikan ini ialah; pengurusan kewangan peribadi. Saya memberi anda contoh yang boleh kita sama-sama belajar. Jangan risau. Ia tidak begitu menyeksakan seperti subjek perakaunan dan kewangan yang diajar di kolej serta university. Berseronoklah dengannya.

Oleh sebab saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya perlu belajar daripada mereka berdua. Sebagai contoh, seorang ayah mempunyai tabiat berkata, “Saya tidak mampu memilikinya.” Seorang lagi mengharamkan kata-kata demikian. Beliau mendesak saya bertanya, “Bagaimana saya dapat memilikinya?” Satu lagi membiarkan kita melepaskan diri dengan alas an, sedangkan satu lagi memaksa kita berfikir.

Walaupun kedua-dua orang ayah saya bekerja dengan keras, saya menyedari yang salah seorang daripada mereka mempunyai tabiat menidurkan otaknya apabila berhadapan dengan persoalan kewangan, seorang lagi pula akan melatih otaknya.

Seorang ayah berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu mendapat kerja di syarikat yang hebat.” Seorang lagi berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu dapat mencari syarikat yang hebat untuk dibeli.”

Seorang ayah berkata, “Sebab mengapa saya tidak kaya adalah kerana saya ada ramai anak.” Seorang lagi berkata, “Sebab mengapa saya perlu kaya adalah kerana saya ada ramai anak.”
Seorang berkata, “Buat pilihan yang selamat berkaitan dengan wang, jangan ambil risiko.” Seorang lagi berkata, “Belajar mengurus risiko.”

Seorang percaya, “Rumah kita adalah pelaburan dan asset terbesar kita.” Seorang lagi percaya, “Rumah saya adalah liability, dan sekiranya rumah kamu adalah pelaburan terbesar, kamu dalam masalah.”

Poor Dad berkata, “Saya tidak berminat dengan wang.” Rich Dad pula sentiasa berkata, “Wang adalah kuasa.”

Dialog di atas adalah berdasarkan buku Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh pakar pendidikan kewangan terkenal di Amerika Syarikat, Robert T. Kiyosaki. Saya percaya kebanyakan daripada kita memiliki pemikiran seperti Poor Dad. Hanya segelintir sahaja yang berfikir gaya Rich Dad.

Jangan salahkan diri anda kerana sebelum ini anda tidak pernah diajar tentang perihal kewangan. Sekarang anda sudah mempunyai sedikit gambaran dan kesedaran maka anda mesti mempelajarinya. Saya bersyukur kerana ayah saya berfikiran seperti Rich Dad, walaupun beliau bekerja makan gaji. Ibu saya pada awalnya seperti Poor Dad, lama-kelamaan apabila mendapati wang selalunya tidak mencukupi pada hujung bulan, beliau mula berfikir seperti Rich Dad.

Pendidikan kewangan secara asasnya menerangkan ‘pendapatan’ vs ‘perbelanjaan’ dalam kolum penyata pendapatan, ‘aset’ vs ‘liabiliti’dalam kolum kunci kira-kira. Pendapatan dan asset adalah sesuatu yang membawa wang masuk ke dalam akaun. Manakala perbelanjaan dan liability adalah sesuatu yang mengeluarkan wang daripada akaun kita. Masalah terbesar bagi kebanyakan orang adalah, mereka menyangka ‘aset’ yang mereka laburkan selama ini sebenarnya adalah ‘liabiliti’. Oleh sebab itu, kita perlu celik dengan wang.

“Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang. Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka.” –Robert T. Kiyosaki, founder of Rich Dad-