Sunday 10 February 2013

7 Tips Untuk Meningkatkan Trafik Sebanyak 300% ke Laman Blog Anda

 Hari ini saya lari topik sekejap. Memandangkan saya juga berkecimpung dalam perkongsian ilmu melalui kaedah "blogging", saya rasa berbesar hati untuk menyampaikan berita baik kepada anda. Harap ia dapat memberi seribu atau "infinity" kebaikan, mana tahu boleh menjana pendapatan sampingan di samping hobi suka-suki :)



Adakah anda ada laman blog?

Adakah anda mempunyai trafik?

Adakah anda tahu bagaimana untuk membina trafik ke laman blog anda?

Terdapat tujuh kaedah yang terbukti untuk membina pembaca setia untuk blog
anda.

Semuanya bermula dengan menentukan tujuan atau matlamat, blog anda.

Kemudian, selepas anda mempunyai blog yang menambah nilai hidup manusia,
anda perlu mendapatkan seberapa ramai mungkin pelawat (trafik) ke blog anda
untuk menentukan kejayaan blog tersebut.

Berikut adalah tujuh tips untuk membantu anda membina pembaca setia untuk
blog anda:

Petua # 1: Menyediakan kandungan yang berkualiti (Quality Content)

Apakah kandungan yang berkualiti?

Kualiti kandungan blog anda secara langsung berkaitan dengan sejauh mana
anda telah mengenalpasti pembaca ideal anda.

Contohnya, adakah pembaca blog anda golongan pelabur hartanah muda?

Teknik penulisan blog anda akan berbeza dengan blogger

yang menulis untuk pembaca blog gossip artis.

Penulis blog yang berjaya hendaklah memenuhi citarasa,
minat dan isu-isu terkini yang berkaitan dengan pembaca ideal anda.

Jika anda membuat blogpost yang mereka suka dan ingin kembali ke blog anda
untuk membaca,
anda mempunyai kandungan yang berkualiti.

Perkara kedua ialah untuk mengekalkan topik yang sama kepada penonton anda
dan gaya bahasa blog anda.

Jika orang membaca blog anda, ia adalah kerana mereka suka topik anda dan
gaya bahasa anda.

Cuba untuk tidak menyimpang dari topik yang biasa anda gunakan dan kekalkan
gaya bahasa anda.

Jadi, pembaca blog anda akan datang kembali ke blog anda dan mengharapkan
anda memberikan kandungan yang berkualiti untuk

tatapan mereka.


Tip # 2: Post di Blog dengan kerap

Jika anda tidak mengemaskini blog anda dengan kearp, pembaca blog akan
berpindah ke blog lain.

Terdapat terlalu banyak blog di luar sana bersaing untuk perhatian pembaca.

Pembaca blog akan pergi di mana mereka boleh mendapatkan info yang mereka
mahu.

Blog yang berjaya memerlukan komitmen masa anda.

Apabila anda memulakan blog dan ingin untuk menangkap penonton, anda perlu
bersedia untuk menulis blog post setiap hari.

Dengan cara ini, pembaca blog anda pun akan datang ke blog anda setiap hari,
macam penagih yang ketagihan info.

Ini bermakna anda juga harus cuba untuk pos pada masa yang sama setiap hari,
contohnya pada pukul 9 pagi.

Pembaca anda akan membiasakan diri dengan jadual anda dan memeriksa blog
anda pada masa yang sesuai.
Yang penting, anda konsisten dengan jadual blog posting anda.

HINT: Ramai orang baca blog masa waktu kerja. Jadi, kalau post pukul 9 pagi
secara konsisten, blog anda mungkin akan jadi

antara website pertama yang mereka buka apabila sampai di pejabat. :)

Oleh kerana anda kini mempunyai kandungan yang berkualiti dan jadual tetap
posting, sudah tiba masanya untuk memandu trafik ke blog anda.

Teknik word-of-mouth atau viral marketing akan berlaku secara automatik
apabila anda ada kandungan yang berkualiti dan jadual posting yang tetap.

Apa itu word-of-mouth? Maksudnya, pembaca blog anda akan memberitahu pada
rakan-rakan mereka tentang blog anda, menyebabkan pembaca blog anda
bertambah dari hari ke hari.

Baiklah..itu sahaja 2 tips untuk anda pada hari ini. Nantikan 5 tips lagi
esok ya. Tungguu~

Nak tahu bagaimana Bagaimana kisah seorang Newbie Yang Tidak Dikenali
Bertukar Daripada Penulis Blog Biasa-Biasa Sahaja Kepada Selebriti Pakar
Yang Kaya Dan Berjaya dalam masa 8 bulan sahaja?

Segala rahsia beliau akan terbongkar di sini: BlogToCEO

6 comments:

  1. :D selamat ber"blogging". Sekadar berkongsi. TQ sudi meluangkan masa

    ReplyDelete
  2. thanks atas perkongsian ilmu...

    ReplyDelete
  3. Insya allah. Sharing is caring. Kita cuba praktis n klu ada info tambahan akn update:-)

    ReplyDelete
  4. Salam ukhuwah..tip yang bagus

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah jgk :) TQVM... sama2 kita praktis!

    ReplyDelete