Tuesday 22 January 2013

Kerangka Strategi Pendapatan Robert Kiyosaki



Beliau mempunyai syarikat antarabangsa yang mengedarkan
produk pendidikan kewangan. Pendapatan lebihan disalurkan untuk membeli
pangsapuri sewa yang susah melebihi 4000 buah setakat ini.

Pangsapuri-pangsapuri ini menghasilkan aliran tunai berbentuk pendapatan
pasif. Daripada pendapatan pasif tersebut, beliau akan membina dana
simpanan berbentuk komoditi seperti lombong-lombong emas, perak dan
minyak.

Beliau tidak menyimpan tunai untuk
jangka panjang. Wang tunai digunakan sama ada untuk perbelanjaan bulanan,
pembiayaan kos syarikat, membeli aset hartanah atau ditukarkan kepada
bentuk komoditi.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada gunanya menyimpan matawang kertas
kerana nilai matawang semakin terhakis. Nilainya makin lenyap kerana bankbank
pusat dunia telah mencetak matawang sewenang-wenangnya.


Pendapatan
Aktif
•Perniagaan:
Buku, Seminar,
Jurulatih
Kewangan

Pendapatan
Pasif
•Hartanah Sewa:
Lebih 4000
Pangsapuri

Simpanan
•Komoditi:
Emas, perak,
lombong
minyak


Kerangka Strategi Pendapatan ANDA
Tindakan Anda:

1. Senaraikan Pendapatan Aktif Anda dan Jumlah Pendapatan
2. Senaraikan Pendapatan Pasif Anda dan Jumlah Pendapatan
3. Senaraikan Simpanan Jangka Panjang Anda dan Bentuk Simpanan

Ambil satu kertas kosong dan mula senaraikan kesemua kategori di atas supaya
anda boleh lihat gambaran kasar situasi anda sekarang.
Matlamat anda sekarang ialah untuk merancang kewangan anda supaya boleh
disalurkan kepada aktiviti yang boleh membuat wang anda bekerja lebih kuat
dari segi penjanaan dan perlindungan kekayaan.

Kredit kepada en. Ikram Adi :)


No comments:

Post a Comment