Saturday 26 January 2013

(PENTING!)Kurangkan Risiko Kegagalan: ilmu dan kemahiran

Ada pepatah mengatakan dahulu, "Membaca itu jambatan ilmu". Dalam agama Islam juga ayat pertama yang diturunkan ialah "Bacalah". Jika pada zaman persekolahan saya dahulu, ada anugerah pada pelajar yang tercatat rekodnya membaca banyak buku di perpustakaan. Tapi sayangnya, saya adalah orang yang malas membaca... (jika bahan bacaan tersebut tidak dapat memberi sesuatu pengetahuan atau skill untuk menjana lebih banyak wang) :).

Pencapaian akademik saya semasa di sekolah dan kolej agak sederhana. Ada masa "mood" rajin dan minat, gred melambung tinggi. Bila tiba masa tragedi malas dan tidak minat, gred jatuh paras kritikal ICU. Subjek yang berkisar dengan minat saya ialah pelaburan dan perniagaan. Kadangkala kursus ini mensyaratkan untuk pelajar mengambil subjek statistik, matematik, akaun dan sebagainya (pening). Walaupun sesuatu perniagaan itu memerlukan akaun dan kira-kira, saya hanya berminat pada asasnya sahaja (mungkin yang selebihnya akan  diserahkan pada akauntan saya untuk menguruskannya).

Untuk menjadi kaya dan berjaya, kebanyakan orang tidak memerlukan keputusan yang cemerlang di segi akademik. (tapi perlu juga untuk mendapatkan biasiswa dan dapat diskaun daripada pihak penaja untuk bayaran balik nanti). Apa yang kita perlukan yang utama ialah "Ilmu". Bukankah akademik itu juga ilmu? Ya. Salah satu daripada cabang ilmu. Malangnya apa yang saya dan orang-orang lain juga perhatikan, pensyarah yang mengajar subjek keusahawanan tidak semuanya usahawan sebenar. "They are just book and exam-oriented entrepreneurship subject. In fact most of them have been trained to be an employee, not employer".

"Ilmu" yang saya maksudkan ialah "real-life experience/practical". Seorang penulis buku akademik mungkin tidak sama dengan usahawan berjaya yang menulis buku. Jalan cerita dan strategi adalah sangat berlainan. Kita mestilah luaskan konsep belajar tidak hanya di dalam kelas dan pembacaan sahaja. Melihat, mendengar dan merasa daripada pengalaman turun ke lapangan. Jika kita malas membaca, pelajaran di medan lapangan ini adalah alternatif yang baik.

Cara saya belajar adalah melalui pembacaan buku yang berkisah daripada pengalaman orang lain. Saya tidak sanggup buat teknik "trial & error" yang memakan masa yang panjang, wang modal yang pasti akan habis begitu banyak dan tenaga yang begitu memenatkan. Anda tahu kenapa? Sebab saya pernah melaluinya. Ini bukanlah suatu cara yang sesuai dengan saya dan saya rasa kita semua tidak mahu mengalaminya. Oleh itu, teknik bijak saya yang terbaru ialah, "Invest in time, money and energy first towards KNOWLEGE and SKILLS". Saya tidak akan rasa rugi membeli banyak buku-buku yang berkualiti dan menghadiri seminar daripada penulis dan penceramah yang betul-betul terbukti kejayaannya. Bukan cakap-cakap kosong.

Setelah sekian lama belajar dan mengalami serba sedikit dalam perniagaan, akhirnya saya faham satu konsep yang sangat hebat iaitu "LEVERAGE". Apakah "leverage"? Secara mudah faham tanpa definisi teknikal kewangan, akaun dan sebagainya, "leverage" ialah "the ability to work more with less" atau "work less, earn more". Buat kerja sedikit tapi hasil banyak. Jika anda perasan anda buat kerja banyak tapi hasil sedikit, kemungkinan anda berada dalam "leverage" orang lain. Bermaksud, jika anda pekerja, majikan akan menggunakan anda semaksima mungkin untuk menjana pendapatan syarikat di tahap tertinggi. Geram kan? Sebab itu saya sukakan keusahawanan. Kita ada kuasa untuk mengawal. Pekerja tidak ada kuasa yang besar untuk buat keputusan, walaupun untuk diri sendiri, apa lagi syarikat yang dia kerja selama ini.


P/S: "Invest in knowledge first before you invest in business etc" :)

No comments:

Post a Comment