Wednesday 12 September 2012

Pendidikan Kewangan: Asas Yang Menjadi Keutamaan Orang Kaya –by Nazrin Nasser-




Pendidikan kewangan bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat di Barat. Bagi masyarakat di Malaysia, ia adalah sesuatu yang agak baru. Ramai yang tidak begitu kisah dengan subjek ini. Bahkan jika ditanya kepada pelajar dalam bidang pengurusan, perakaunan, dan perniagaan sekalipun, majoriti tidak memahami perkara ini. Adakah ia begitu susah sehinggakan ramai orang tidak mahu belajar?

Penekanan dalam pendidikan ini ialah; pengurusan kewangan peribadi. Saya memberi anda contoh yang boleh kita sama-sama belajar. Jangan risau. Ia tidak begitu menyeksakan seperti subjek perakaunan dan kewangan yang diajar di kolej serta university. Berseronoklah dengannya.

Oleh sebab saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya perlu belajar daripada mereka berdua. Sebagai contoh, seorang ayah mempunyai tabiat berkata, “Saya tidak mampu memilikinya.” Seorang lagi mengharamkan kata-kata demikian. Beliau mendesak saya bertanya, “Bagaimana saya dapat memilikinya?” Satu lagi membiarkan kita melepaskan diri dengan alas an, sedangkan satu lagi memaksa kita berfikir.

Walaupun kedua-dua orang ayah saya bekerja dengan keras, saya menyedari yang salah seorang daripada mereka mempunyai tabiat menidurkan otaknya apabila berhadapan dengan persoalan kewangan, seorang lagi pula akan melatih otaknya.

Seorang ayah berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu mendapat kerja di syarikat yang hebat.” Seorang lagi berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu dapat mencari syarikat yang hebat untuk dibeli.”

Seorang ayah berkata, “Sebab mengapa saya tidak kaya adalah kerana saya ada ramai anak.” Seorang lagi berkata, “Sebab mengapa saya perlu kaya adalah kerana saya ada ramai anak.”
Seorang berkata, “Buat pilihan yang selamat berkaitan dengan wang, jangan ambil risiko.” Seorang lagi berkata, “Belajar mengurus risiko.”

Seorang percaya, “Rumah kita adalah pelaburan dan asset terbesar kita.” Seorang lagi percaya, “Rumah saya adalah liability, dan sekiranya rumah kamu adalah pelaburan terbesar, kamu dalam masalah.”

Poor Dad berkata, “Saya tidak berminat dengan wang.” Rich Dad pula sentiasa berkata, “Wang adalah kuasa.”

Dialog di atas adalah berdasarkan buku Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh pakar pendidikan kewangan terkenal di Amerika Syarikat, Robert T. Kiyosaki. Saya percaya kebanyakan daripada kita memiliki pemikiran seperti Poor Dad. Hanya segelintir sahaja yang berfikir gaya Rich Dad.

Jangan salahkan diri anda kerana sebelum ini anda tidak pernah diajar tentang perihal kewangan. Sekarang anda sudah mempunyai sedikit gambaran dan kesedaran maka anda mesti mempelajarinya. Saya bersyukur kerana ayah saya berfikiran seperti Rich Dad, walaupun beliau bekerja makan gaji. Ibu saya pada awalnya seperti Poor Dad, lama-kelamaan apabila mendapati wang selalunya tidak mencukupi pada hujung bulan, beliau mula berfikir seperti Rich Dad.

Pendidikan kewangan secara asasnya menerangkan ‘pendapatan’ vs ‘perbelanjaan’ dalam kolum penyata pendapatan, ‘aset’ vs ‘liabiliti’dalam kolum kunci kira-kira. Pendapatan dan asset adalah sesuatu yang membawa wang masuk ke dalam akaun. Manakala perbelanjaan dan liability adalah sesuatu yang mengeluarkan wang daripada akaun kita. Masalah terbesar bagi kebanyakan orang adalah, mereka menyangka ‘aset’ yang mereka laburkan selama ini sebenarnya adalah ‘liabiliti’. Oleh sebab itu, kita perlu celik dengan wang.

“Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk wang. Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk mereka.” –Robert T. Kiyosaki, founder of Rich Dad-

No comments:

Post a Comment