Ini adalah entry pertama saya berkaitan hartanah.
Credit to Mr Saufi Karim. :)
Bagaimana Beli Rumah Idaman Anda 2013?
_________________________________________________________________________
Eksklusif untuk Ahli Membership PHTM 2012
Tip 1: Objektif
Tetapkan dengan jelas objektif dan
matlamat untuk beli rumah.
Adakah anda beli rumah untuk
didiami atau untuk buat
pelaburan?
Kebanyakan kita tersilap langkah
dan mulalah rasa menyesal kerana
tidak menetapkan matlamat.
Tip 2: Kompromi
Jika beli untuk mendiami rumah
tersebut, anda perlu menerima
dengan hati terbuka rumah yang
anda idam-idamkan itu.
Tiada rumah yang sempurna, jadi
perlu berkompromi tentang
perkara ini. Jika untuk tinggal
pastikan anda mampu untuk
membayarnya dan dalam
lingkungan bajet anda. Ikut bajet
anda jangan emosi dengan selera
anda.
Tip 3: Pelaburan?
Beli rumah untuk pelaburan!
Jika ada dalam fikiran anda untuk
buat pelaburan, jadi mesti tetapkan
untuk buat pelaburan dari segi
kenaikan harga hartanah atau
mendapat pulangan sewa yang
menjaminkan.
Tip 4: Masih muda?
Jika anda masih muda dan baru
bekerja, anda di galakkan beli
rumah untuk buat pelaburan dan
mendapat keuntungan dari segi
kenaikan harga rumah mahupun
daripada pelaburan sewa rumah
anda.
Tip 5: Dah nak bersara?
Jika anda sudah hampir hendak
bersara, beli rumah yang mampu
memberikan pulangan sewa setiap
bulan dan dapat pendapatan pasif
apabila sudah bersara.
Lebih banyak tips menarik di http://bit.ly/ZzY2c8
Selamat melabur :)
Wednesday, 26 December 2012
Interesting Facts About Silver
My friend Daniel Foo who wrote the book
Practical Guide For Investing Silver In
Malaysia has just shared with me that
silver has a huge potential of going
uptrend in 2013 - 2014.
Here are some *interesting facts* he has
shared with me:
1) Silver supply has been on down trend
since 1950. The availability of above
ground silver has dropped from 10 billion
oz to less than 0.7 billion oz.
2) Silver price has been heavily suppressed
by price manipulation. As usual, any price
manipulation will lead to explosion sooner
or later.
3) Silver has unique characteristic
of being best electrical conductor and
anti bacteria element. The industry is
using silver for years and there is no
replacement for it so far.
When silver demand goes up and supply
goes down. The price will simply shoot up!
If you think this is interesting, watch
the video and download the exclusive report
on Daniel website: http://bit.ly/RQfvTk
Happy Investing :)
Practical Guide For Investing Silver In
Malaysia has just shared with me that
silver has a huge potential of going
uptrend in 2013 - 2014.
Here are some *interesting facts* he has
shared with me:
1) Silver supply has been on down trend
since 1950. The availability of above
ground silver has dropped from 10 billion
oz to less than 0.7 billion oz.
2) Silver price has been heavily suppressed
by price manipulation. As usual, any price
manipulation will lead to explosion sooner
or later.
3) Silver has unique characteristic
of being best electrical conductor and
anti bacteria element. The industry is
using silver for years and there is no
replacement for it so far.
When silver demand goes up and supply
goes down. The price will simply shoot up!
If you think this is interesting, watch
the video and download the exclusive report
on Daniel website: http://bit.ly/RQfvTk
Happy Investing :)
Berbelanja mengikut kemampuan, atau tambahkan pendapatan. -by Nazrin Nasser
Ketika bahagian ini
ditulis, saya sebenarnya baru mengajar seorang kawan tentang asas pengurusan
kewangan peribadi. Saya rasa sangat bertuah kerana selepas berjaya mendidik diri
sendiri berkenaan asas kewangan, beliau adalah orang seterusnya. Saya senang berkongsi sesuatu perkara bersamanya kerana
semasa belajar di kolej, kami sangat rapat.
Jika tersenarai dalam
orang yang memerlukan bantuan kewangan, beliau adalah yang paling layak.
Kehidupan keluarganya antara yang tergolong dalam kemiskinan tegar. Pendapatan
ayahnya yang tidak menentu, bilangan ahli keluarga yang ramai, menyebabkan
beliau menjadi tempat bergantung yang kedua selepas ayahnya. Syukur pada Tuhan,
anak muda graduan diploma pengurusan ini mendapat jawatan Front Desk Reception
di Vistana Hotel, Penang. Gaji yang diterima
adalah ‘standard’ kelayakan diploma masa itu (RM1,XXX dan ke atas).
Masalah yang selalu
dihadapi oleh beliau ialah “tidak cukup wang” sebelum sampai giliran gaji bulan
hadapan. Saya sendiri pernah mengalaminya dan saya amat yakin semua orang
pernah melalui detik yang sangat membebankan ini. Tidak kira sama ada anda
sebagai pelajar yang mendapat pinjaman pendidikan juga tidak terlepas daripada
fenomena ini. Saya beri sedikit formula ringkas untuk anda faham.
Aliran Wang Masuk –
Aliran Wang Keluar = Pendapatan Bersih
Secara asasnya, gaji
atau pendapatan sampingan adalah aliran masuk manakala perbelanjaan adalah
aliran keluar. Anda hanya perlu pastikan wang masuk lebih banyak daripada wang
keluar. Itu sahaja. Hanya itu cara untuk mencapai “kebebasan kewangan”. Jika pendapatan anda RM2,500 sebulan tetapi
hanya berbelanja RM2,000 sebulan atau kurang, anda berpotensi untuk lebih kaya
daripada orang yang berpendapatan RM25,000 tetapi berbelanja hampir RM30,000
sebulan.
Bunyi macam tidak masuk akal. Akan tetapi itulah hakikatnya. Berapa ramai
orang yang bekerja atau berniaga sekarang hanya semata-mata untuk mengkayakan
pihak lain. Mereka membelanjakan pendapatan yang diperoleh setelah bekerja
bermati-matian, hanya untuk membayar hutang dan bil-bil serta membeli sesuatu
yang mereka sendiri tidak perlukan. Bagi yang memiliki kad kredit, jika anda
mengunakannya tanpa perancangan kewangan yang betul, anda sedang menuju ke arah
jerat hutang “snowball”. Iaitu terpaksa membayar kadar faedah yang tinggi
melebihi kadar asal hutang tersebut.
Sebagai contoh, trend
masa kini yang paling ketara dapat saya lihat, penggunaan “technology gadjet”
serta fesyen pemakaian. Saya tidak rasa anda memerlukan apple i-pad jika anda
sudah mempunyai laptop atau notebook yang mudah dibawa ke mana-mana, asalkan
ada sambungan internet. Lebih parah lagi apabila anda membeli dengan bayaran
ansuran. Ianya sangat merugikan kerana harga gadjet ini pasti jatuh dengan
mendadak apabila model baru dilancarkan. Begitu juga para wanita yang ingin
menambah koleksi pakaian apabila satu atau dua almari besar yang sudah penuh. Ada juga pelajar yang
sanggup menahan perbelanjaan setiap bulan semata-mata untuk bayar ansuran
motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ZX-2 250cc dan ER6 650cc.
Apakah nikmat hidup ini
jika setiap kali kita mendapat wang pada awal bulan akhirnya habis sebelum
sampai hujung bulan? Tanpa disedari ke mana wang itu pergi, ia hanya menjadi
tempat untuk bertukar tangan sahaja pada kita. Jika anda memerlukan kata-kata keramat untuk masalah ini,
saya ingin mewasiatkan kepada anda. Kata-kata ini juga saya ambil daripada
orang-orang kaya yang sudah terbukti mencapai status “millionaires” dan “billionaires”.
“Berbelanjalah di bawah kadar kemampuan anda” –Anonymous-
Tidak mampu menahan diri daripada berbelanja berlebihan dan hendak hidup
mewah seperti orang kaya? Boleh. Tidak ada masalah. Sebenarnya tidak salah
untuk mengamalkan gaya hidup sebegitu. Tapi dengan satu
syarat. Anda mesti menambahkan pendapatan atau aliran wang masuk berganda. Jika
tidak, lupakan hasrat itu.
Cara untuk hidup mewah
adalah menambahkan asset anda – bukan rumah dan kereta-kereta – tetapi asset.
Masalah kebanyakan orang ialah mereka tidak ada pendidikan kewangan yang betul.
Mereka tidak tahu perbezaan asset dan liability dan terus membeli labiliti yang
disangkakan asset, seterusnya membuatkan mereka hidup di bawah kemampuan dan
menghadapi kesulitan.
Jika anda berada dalam kategori pekerja (E), maka pendapatan anda terhad.
Apa yang anda boleh lakukan ialah menambahkan pendapatan dengan bergerak ke
bahagian B dan I. Orang kaya biasanya akan membeli kereta mewah dan membayar
ansuran, bukan daripada duit poket mereka sendiri. Tetapi
daripada duit poket orang lain.
Sebagai contoh, penyewa
membayar sewa ke atas hartanah yang dilaburkan. Maka hasil sewaan itu digunakan
untuk membayar ansuran kereta. Ataupun cukai perkhidmatan yang dikenakan ke
atas pelanggan di restoran-restoran francais mereka. Perbelanjaan ansuran
tersebut diletakkan dalam kategori perbelanjaan syarikat dalam penyata
kewangan, maka ia tidak menjejaskan pendapatan bersih mereka.
Tuesday, 18 September 2012
Simpanan: Mulakan Hari Ini! -by Nazrin Nasser-
SAVINGS: JUST DO IT NOW!
Suka saya mengambil
petikan soalan daripada penulis buku Jutawan dari Planet Jupiter, Azizi Ali.
“Tanpa menyimpan, segala perbincangan tentang pelaburan, pasaran saham dan
hartanah tidak akan kesampaian. Bagaimana seseorang boleh melabur jika poketnya
kosong? Bagaimana seseorang dapat mengambil kesempatan daripada saham dan
hartanah yang murah tanpa wang?”
Ya. Saya juga semasa
tidak belajar ilmu kekayaan, melakukan perkara yang sama; tidak menyimpan wang.
Kalau simpan sekalipun, bila ada lebihan daripada wang yang tidak dibelanjakan.
Maksudnya, meletakkan keutamaan menyimpan wang
daripada pendapatan di tangga yang paling bawah. Saya juga pernah
mendapat “durian runtuh” (hasil simpanan dana pendidikan oleh ibubapa). Dalam
masa tidak sampai satu tahun, wang tersebut habis dibelanjakan. Meskipun saya
menggunakan untuk tujuan yang baik iaitu menjalankan perniagaan. Ini adalah
kesan jika anda tidak mahir dalam ilmu pengurusan kewangan peribadi.
“Kalau begitu, kenapa
perlu saya simpan? Buat penat
badan saja. Lama-lama wang itu akan habis diguna juga.” Anda boleh bagi
pelbagai sebab untuk sedapkan hati anda dan memberi lesen kepada diri anda
untuk terus berbelanja tanpa had. Akan tetapi anda mesti ingat, orang yang mendapat
wang yang banyak secara tiba-tiba biasanya akan habis juga dengan tiba-tiba
kerana mereka tidak pernah ada pengalaman berjimat dan menyimpan wang. Jika
sebaliknya apabila anda sudah biasa dengan pengurusan kewangan yang betul,
walau sebanyak mana wang yang anda dapat, percayalah ia tidak akan dihabiskan
dengan sia-sia. Sebab anda tahu betapa peritnya berjimat dan menyimpan.
Saya tidak perlu banyak untuk menyimpan. Cukuplah sekadar sepuluh peratus
(10%) daripada pendapatan kita. Sebagai permulaan, saya yakin anda dapat
lakukannya. Contohnya, jika gaji anda selepas graduan ijazah berjumlah RM2,300.
Ambil 10 peratus daripada gaji (katakan RM2,000 selepas ditolak EPF dan Socso)
iaitu RM200. Jangan sentuh langsung wang ini selama sebulan
kehidupan anda. Bayangkan jika anda konsisten menyimpan selama 12 bulan setiap
tahun. Jumlah keseluruhan RM2,400 setahun. 10 tahun kemudian akan menjadi
RM24,000. Jika 20 tahun? RM48,000!
Ia tidak termasuk
dividen yang bakal diterima jika anda menyimpan dalam amanah saham atau unit
amanah. Biasanya dalam lingkungan 8 ke 10 peratus setahun. Anda jangan lupa
bahawa anda dan majikan juga mencarum untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) setiap bulan selagi anda masih bekerja.
Bagaimana jika anda
berniaga atau bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap? Gunakan teknik yang sama.
Bermula dengan 10 peratus hasil daripada SEMUA perniagaan yang anda untung pada
hujung bulan. Mungkin ada dua atau tiga jenis perniagaan yang dijalankan
serentak. Andaikan satu perniagaan anda simpan RM100. Jika tiga perniagaan
sudah mencecah RM300 sebulan. Maka
jumlahnya akan menjadi RM3,600 setahun dan RM36,000 dalam masa 10 tahun!
Peraturan dalam
menyimpan wang adalah; 1) simpan untuk dilupakan 2) tambahkan peratus simpanan
jika pendapatan perniagaan atau gaji anda bertambah. Biarkan wang yang anda
simpan dan labur itu “beranak” dengan sendiri. Peraturan yang ketiga- Jangan
menyimpan terlalu banyak wang. Peliknya. Tadi beriya sangat suruh menyimpan.
Kebanyakan pelabur yang bijak tidak mempunyai simpanan yang banyak dalam bentuk
tunai kerana mereka tahu keadaan ekonomi dunia dan nilai matawang sekarang. Ya!
Simpan emas dan perak secara optimum.
“Kekayaan bukan bererti
berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan
pendapatan kita” -Irfan Khairi, ikon
jutawan perniagaan internet Malaysia-
Sunday, 16 September 2012
Emas: Pelindung kekayaan teragung! -Nazrin Nasser-
GOLD: THE ULTIMATE WEALTH PROTECTOR
Pertama sekali saya
ingin umumkan bahawa saya bukanlah seorang pakar dalam pelaburan emas. Saya
belum pernah melabur dalam emas. Saya masih dalam proses belajar mengenai tajuk
yang hebat ini. Walaubagaimanapun saya, akan menerangkan secara asas tentang
pelaburan emas.
Saya merujuk kepada
ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” yang ditulis oleh pakar dan juga
pelabur aktif dalam emas; Syukor Hashim (jutawanemas.com). Menurut beliau, lima
sebab anda mesti (wajib) menyimpan emas:
- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang
- Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang
- Asset yang terunggul
- Emas tidak boleh dimanipulasi
Apakah yang dimaksudkan
“emas ialah kekayaan yang sebenarnya”? Sebagai pelabur, anda perlu tahu bahawa
“musuh” wang adalah inflasi. Inflasi ini mengurangkan nilai sebenar matawang.
Sebagai contoh, RM0.10 pada tahun 1990 dapat membeli sebungkus nasi lemak.
Malangnya pada tahun 2010, nasi lemak yang sama saiz dan rasanya dijual pada
harga RM1.00. Peningkatan yang sangat tinggi.
Kenapa terjadinya
inflasi. Jawapannya mudah, wang kertas dicetak terlalu banyak oleh kerajaan.
Mungkin kerajaan mahu menampung perbelanjaan untuk pembangunan negara atau
membayar hutang bank dunia yang tinggi. Wang ada banyak di tangan rakyat,
tetapi kuantiti pengeluaran barang tetap sama. Nilai matawang akan jatuh.
Barang dan perkhidmatan terhad, tetapi ramai yang memerlukannya. Apabila
terjadi permintaan pengguna melebihi penawaran barang oleh pengeluar, maka
harga akan meningkat tinggi. Siapa yang mampu bayar pada harga tinggi maka dia
akan dapat.
Begitu juga dengan
barang dagangan komoditi seperti minyak dan gas. Kenaikan harga minyak akan
memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang. Menyebabkan inflasi
meningkat. Oleh sebab itu, perlunya kawalan daripada pihak kerajaan agar
barangan keperluan asas ini tidak dinaikkan harga sesuka hati. Ia memberi kesan
kepada taraf hidup penduduk. Sebagai langkah berjaga-jaga, maka anda
dinasihatkan memulakan simpanan emas.
Emas ialah kalis
inflasi kerana ia tidak dapat dicetak atau dibuat sewenang-wenangnya. Emas
adalah sumber yang terhad daripada perut bumi. Di Malaysia, kadar inflasi
setiap tahun kebiasaannya antara 4 peratus sehingga 8 peratus. Berita gembira
untuk kita semua, emas bersamaan inflasi sifar! Ada kajian mengatakan bahawa 1
dinar emas pada masa 1,400 tahun dahulu boleh digunakan untuk membeli seekor
kambing dewasa, juga boleh dibeli pada hari ini.
Pada pendapat saya,
simpanan emas adalah pelaburan jangka panjang. Ia bukanlah suatu alat untuk
anda cepat kaya. Kerana harga pasaran emas tidak naik mendadak dalam masa 1
tahun. Biasanya tempoh 5 ke 10 tahun dengan kenaikan harga yang perlahan dan
konsisten.
Apa yang untung dengan
pelaburan emas, anda mungkin berhempas pulas membeli rumah teres setingkat atau
apartment 3 bilik pada harga RM200,000 hingga RM300,000 ditambah dengan kadar
faedah pinjaman yang tinggi saban tahun. Jika anda bermula dari sekarang secara
konsisten, dalam masa 5 tahun ke 10 tahun lagi anda boleh membeli rumah
tersebut dengan 1 kilogram emas sahaja! Bukan bayaran pendahuluan tetapi
keseluruhan dengan tunai!
Anda berasa teruja
dengan pelaburan emas? Nanti dulu! Mahukah saya tunjukkan yang lebih hebat
daripada ini? Saya pasti anda pasti akan lebih seronok. Sila baca laporan
penting di sini http://bit.ly/UnPgWG
“ILMU + TINDAKAN =
KEUNTUNGAN” -Syukor Hashim, founder of
jutawanemas.com-
Thursday, 13 September 2012
Perak: “Emas” pada masa hadapan -Nazrin Nasser-
Tidak
lengkap rasanya jika saya menyampaikan sesuatu ilmu tanpa disertai dengan
kata-kata daripada pakar dalam bidang tersebut. Pelaburan silver telah
ditekankan oleh pakar kewangan iaitu Robert Kiyosaki, “Pelaburan silver adalah
yang terbaik dalam dekad ini”. Di dalam bukunya ‘The Unfair Advantage’, beliau mendakwa bahawa perak masih lagi
mampu dimiliki oleh semua orang, walaupun orang miskin.
Pada
tahun akhir tahun 2009, harga perak turun mendadak daripada USD21 per Oz kepada
USD9. Ramai pelabur biasa-biasa mula berasa tidak senang dan keluar daripada
medium pelaburan perak ini. Pada sangkaan mereka, besi perak sudah tidak bernilai.
Bagi pelabur yang menentang arus, saranan Robert Kiyosaki ada benarnya. Mereka
yang membeli perak pada masa itu dengan harga yang sangat murah, dengan
kuantiti yang banyak, pada masa kini sangat beruntung. Harga perak naik dengan
mendadak pada tahun 2012 iaitu sekitar USD33 per Oz!
Bagi
masyarakat Malaysia, pelaburan perak masih dalam “sleeping mode”. Ramai
orang berebut melabur dalam emas, menyebabkan harganya menjadi sangat mahal.
Pada waktu ini tidak ramai golongan miskin dan sederhana dapat melabur emas,
melainkan kuantiti yang sedikit. Begitu juga dengan hartanah. Jadi peluang anda
yang baru hendak bermula dengan modal yang rendah, perak adalah salah satu
medium pelaburan terbaik. Anda masih
mampu milikinya kerana satu Oz (31.1 gram) masih berada pada sekitar harga
RM188.
Ciri-ciri
perak kebanyakannya sama seperti emas. Perbezaannya adalah, emas digunakan
secara total sebagai pertukaran matawang atau jual beli dan juga perhiasan yang
terunggul. Perak pula digunakan untuk industry pembuatan, disamping sebagai
matawang.
Trend
harga emas sentiasa menunjukkan pasaran yang menaik dalam jangka masa panjang.
Tetapi lain pula halnya dengan perak, sentiasa ada naik turun, adakalanya
sangat mendadak. Untuk melabur dalam kedua-dua komoditi ini, perlu ada kajian
yang sangat terperinci. Ia tidak menjadi seseuatu yang sukar jika anda sudah
terbiasa dengan ilmu ini. Bahkan akan menjadikan pelaburan emas dan
perak sebagai permainan yang menyeronokkan.
Saya difahamkan setakat ini,
hanya ada pelaburan perak fizikal sahaja di Malaysia . Jika emas, ada yang
berbentuk fizikal dan juga pelaburan dalam bentuk akaun emas tanpa mendapat
emas fizikal. Emas dan perak boleh dibeli dalam bentuk coin (bullion) atau
jongkong (bar).
Sebagai permulaan untuk anda
dan juga saya dalam pelaburan silver, Ikram Adi (pengasas
pelaburansilver2012.com) telah membuat kajian “Teknik Tukar Ganda” dalam
ebooknya yang bertajuk Pelaburan Silver
Fizikal di Malaysia. Beliau menyarankan pelabur baru supaya menyimpan 50 Oz
perak sebagai insurans atau pelindung kepada simpanan anda. Setelah peruntukan
untuk dana kecemasan disediakan, teknik “tukar ganda” ini akan mendedahkan
peralihan daripada pelaburan perak kepada pelaburan emas yang terunggul!
Pengetahuan untuk kita semua,
nisbah terkini harga emas dan perak ialah 1:50. Iaitu 1 oz emas bersamaan 50 oz
perak. Harga emas sekarang ialah USD1,735 bersamaan sekitar RM4,800 per Oz.
Lumayan bukan? Jangan lupa nisbah ini tidak kekal dan harga perak juga boleh
melambung tinggi dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Sila baca laporan penting dalam
pelaburan silver di Malaysia oleh Ikram Adi http://bit.ly/133f14C
“Jika anda melabur dalam perak
(silver) sekarang, anda boleh membeli rumah sederhana 3 bilik dengan 500 oz perak
secara TUNAI” -Mike Maloney, founder of
goldsilver.com-
Wednesday, 12 September 2012
Pendidikan Kewangan: Asas Yang Menjadi Keutamaan Orang Kaya –by Nazrin Nasser-
Pendidikan kewangan
bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat di Barat. Bagi masyarakat di Malaysia,
ia adalah sesuatu yang agak baru. Ramai yang tidak begitu kisah dengan subjek
ini. Bahkan jika ditanya kepada pelajar dalam bidang pengurusan, perakaunan,
dan perniagaan sekalipun, majoriti tidak memahami perkara ini. Adakah ia begitu
susah sehinggakan ramai orang tidak mahu belajar?
Penekanan dalam
pendidikan ini ialah; pengurusan kewangan peribadi. Saya memberi anda contoh
yang boleh kita sama-sama belajar. Jangan risau. Ia tidak begitu menyeksakan
seperti subjek perakaunan dan kewangan yang diajar di kolej serta university.
Berseronoklah dengannya.
Oleh
sebab saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya perlu belajar daripada
mereka berdua. Sebagai contoh, seorang ayah mempunyai tabiat berkata, “Saya
tidak mampu memilikinya.” Seorang lagi mengharamkan kata-kata demikian. Beliau
mendesak saya bertanya, “Bagaimana saya dapat memilikinya?” Satu lagi
membiarkan kita melepaskan diri dengan alas an, sedangkan satu lagi memaksa
kita berfikir.
Walaupun
kedua-dua orang ayah saya bekerja dengan keras, saya menyedari yang salah
seorang daripada mereka mempunyai tabiat menidurkan otaknya apabila berhadapan
dengan persoalan kewangan, seorang lagi pula akan melatih otaknya.
Seorang
ayah berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu mendapat kerja di
syarikat yang hebat.” Seorang lagi berkata, “Belajar bersungguh-sungguh supaya
kamu dapat mencari syarikat yang hebat untuk dibeli.”
Seorang
ayah berkata, “Sebab mengapa saya tidak kaya adalah kerana saya ada ramai
anak.” Seorang lagi berkata, “Sebab mengapa saya perlu kaya adalah kerana saya
ada ramai anak.”
Seorang
berkata, “Buat pilihan yang selamat berkaitan dengan wang, jangan ambil
risiko.” Seorang lagi berkata, “Belajar mengurus risiko.”
Seorang
percaya, “Rumah kita adalah pelaburan dan asset terbesar kita.” Seorang lagi
percaya, “Rumah saya adalah liability, dan sekiranya rumah kamu adalah
pelaburan terbesar, kamu dalam masalah.”
Poor
Dad berkata, “Saya tidak berminat dengan wang.” Rich Dad pula sentiasa berkata,
“Wang adalah kuasa.”
Dialog di atas adalah
berdasarkan buku Rich Dad Poor Dad yang
ditulis oleh pakar pendidikan kewangan terkenal di Amerika Syarikat, Robert T.
Kiyosaki. Saya percaya kebanyakan daripada kita memiliki pemikiran seperti Poor
Dad. Hanya segelintir sahaja yang berfikir gaya Rich Dad.
Jangan salahkan diri
anda kerana sebelum ini anda tidak pernah diajar tentang perihal kewangan.
Sekarang anda sudah mempunyai sedikit gambaran dan kesedaran maka anda mesti
mempelajarinya. Saya bersyukur kerana ayah saya berfikiran seperti Rich Dad,
walaupun beliau bekerja makan gaji. Ibu saya pada awalnya seperti Poor Dad,
lama-kelamaan apabila mendapati wang selalunya tidak mencukupi pada hujung
bulan, beliau mula berfikir seperti Rich Dad.
Pendidikan kewangan
secara asasnya menerangkan ‘pendapatan’ vs ‘perbelanjaan’ dalam kolum penyata
pendapatan, ‘aset’ vs ‘liabiliti’dalam kolum kunci kira-kira. Pendapatan dan
asset adalah sesuatu yang membawa wang masuk ke dalam akaun. Manakala
perbelanjaan dan liability adalah sesuatu yang mengeluarkan wang daripada akaun
kita. Masalah terbesar bagi kebanyakan orang adalah, mereka menyangka ‘aset’
yang mereka laburkan selama ini sebenarnya adalah ‘liabiliti’. Oleh sebab itu,
kita perlu celik dengan wang.
“Orang miskin dan kelas
menengah bekerja untuk wang. Orang kaya mempunyai wang yang bekerja untuk
mereka.” –Robert T. Kiyosaki, founder of Rich Dad-
Subscribe to:
Posts (Atom)